AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 4, 2010

Buku Teks Agama Percuma Untuk Pelajar Selangor


KUALA LUMPUR, 4 Okt – Mulai sesi persekolahan 2011, para pelajar sekolah rendah agama(SRA) seluruh negeri Selangor akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Menurut beliau, pemberian tersebut menelan kos sebanyak RM4,261,738, yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Kerajaan negeri Selangor juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais pada masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

“Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun DrIsmail, dekat sini, kelmarin.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009