Arkib Blog

Thursday, October 28, 2010

PAS: Hab hiburan akibatkan 'ekonomi pumping'


Pelaksanaan rancangan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dijangka akan mewujudkan fenomena ekonomi pumping di mana perolehan negara akan menjunam teruk selepas lonjakan seketika. Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, akibat kesan negatif daripada pertambahan pusat hiburan, kerajaan akhirnya terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat, menangani penyakit AIDS dan kos merawat pesakit. pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan "Inilah yang Pemuda PAS sifatkan sebagai ekonomi pumping. "Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek hab hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu, sedang ia boleh di elak sejak awal lagi," katanya. Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan Isnin lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan. Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin menyifatkan rancangan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) itu hanyalah sia-sia kerana ia didakwa meruntuhkan modal insan. "Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula. Akhirnya kerajaan hanya buat kerja-kerja bodoh dan sia-sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali," kata Nasrudin. idris ahmadSementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) pula mendakwa rancangan itu diperkenalkan untuk melalaikan rakyat dengan hidangan "candu hiburan" bagi melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke-56. Katanya, ini dibuktikan dengan Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) yang mendapati kutipan mata terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. "Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum (sebanyak) 10 mata," katanya dalam satu kenyataan.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009