Khalid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, JKR seharusnya boleh mengambil alih projek yang terbengkalai kerana mereka mempunyai tenaga kerja yang mahir.
"Saya harap ada satu akta dalam perjanjian iaitu Kementerian Kerja Raya dengan Jabatan Keja Raya boleh ambil alih kontrak yang gagal supaya boleh menyiapkan projek dalam tempoh yang singkat dan kos yang berpatutan," katanya.
Beliau mengambil contoh pembinaan Shah Alam yang terbengkalai akibat masalah di peringkat kontraktor dan JKR tidak mengambil apa-apa tindakan.
"Dalam kes hospital Shah Alam, tidak adakah perjanjian di mana kuasa diberikan kepada kementerian untuk ambil alih, bertindak dengan cepat supaya tidak ada lagi kes tertunggak.
"Menteri kata kerja berhenti sejak bulan Ogos tapi saya pergi ke tapak pembinaan, kerja sudah berhenti bulan Jun. Menteri kata 30 bulan kena tunggu untuk diselesaikan,"katanya lagi.
Tambahnya, kerajaan mengadakan perjanjian dengan syarikat kontraktor yang didakwa diberikan kepada kroni mereka, yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri, sedangkan masalah tidak dapat diselesaikan.
"Mengapa kerajaan membuat peraturan dan perjanjian yang mengikat diri sendiri sehingga akhirnya mereka tidak boleh bertindak ke atas kontraktor kroni mereka yang tidak dapat menyiapkan kerja," katanya.
Ujarnya juga, rakyat Shah Alam terpaksa menunggu 30 puluh bulan lagi untuk mendapat hospital yang dinantikan, sedangkan pembinaan itu sepatutnya siap paling lewat Jun tahun hadapan.
Sebelum itu, beliau dalam soalan asal meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam dan adakah benar bahawa kontraktor baru telah dilantik melalui proses rundingan terus untuk menggantikan syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd.
Sumber: Harakah Daily
0 comments:
Post a Comment