AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 7, 2010

Mustafa: Tengku Razaleigh Pedang Dua Mata Umno


Parti Islam Se-Malaysia yakin mampu menghadapi populariti Tengku Razaleigh Hamzah yang terpilih untuk mengepalai jentera perang Umno dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Galas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun melahirkan dukacita dengan komplot dalaman Umno, yang mengambil kesempatan dari Pilihanraya Kecil Galas ini, untuk menamatkan kerjaya politik Tengku Razaleigh jika tewas, atau meraih Dun baru jika menang.

"Saya melihat Tengku Razaleigh mempunyai tanggungjawab besar dalam Pilihanraya Kecil kali ini. Bagi saya, pemilihan Tengku Razaleigh adalah seperti pedang dua mata," kata Datuk Mustafa.

Tengku Razaleigh melahirkan solidariti dengan usaha Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat menyerahkan royalti minyak kepada rakyat negeri itu.

Beliau diiktiraf sebagai pemimpin Umno paling berpengaruh di Darul Naim, manakala kekuatan Pas di Kelantan juga terbukti kuat.

Mustafa berkata Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan jentera parti sama-sekali tidak memandang rendah kepada kemampuan Tengku Razaleigh.

"Pas menganggap Tengku Razaleigh seorang pemimpin yang paling berpengaruh di Gua Musang. Kita hormatinya dan kita tidak boleh pandang mudah. Saya yakin Datuk Abdul Halim dan jentera operasi akan memainkan peranan terbaik," kata Mustafa.

Datuk Abdul Halim berharap analisa keatas pola pengundi dalam pilihanraya umum lalu memberi kelebihan kepada Pas untuk menghadapi cabaran Umno.

Menurut Abdul Halim pada pilihan raya itu, jumlah pengundi di DUN Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826, manakala calon PAS mendapat 4,143.

"Dari segi perangkaan ini sahaja, calon BN ada kemungkinan tewas. Dari fenomena ini, tidak sukar untuk Pas mempertahankan kerusi itu," jelas Abdul Halim.

Ditanya mengenai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Mustaffa berkata PAS Pusat akan bermesyuarat selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

Pemimpin Pas Kelantan, Dato Husam Musa sebelum ini berkata Pas tidak menolak calon-calon berpotensi dari kalangan orang Asli di Galas.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009