SHAH ALAM,07 OKT : Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, Dr Yaakob Sapari mendesak agar kerajaan pusat memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) demi melahirkan mahasiswa yang lebih berketerampilan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda pada tahun 2008, namun pindaan dilihat bias kerana perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor universiti. Sekaligus menafikan hak mahasiswa dalam membuat keputusan secara bebas dalam memilih aktiviti politik.
Mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang tidak menghalang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk terlibat dalam politik sewaktu pilihan raya sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan menimbulkan kekeliruan kepada mahasiswa.
Yaakob berkata, “Ironinya kenyataan menteri itu mencerminkan sikap tidak konsisten kementerian dalam isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik.”
“Garis panduan yang dicadangkan oleh pihak kementerian dilihat sebagai usaha terdesak dalam meraih publisiti murahan daripada kalangan mahasiswa dalam pilihan raya DUN Galas yang akan dilaksanakan tidak lama lagi”.
Tegas Yaakob lagi , “Alasan tumpuan pelajar akan merosot apabila terbabit dengan politik sama sekali tidak berasas.”
“Ini kerana dengan kegiatan aktif mahasiswa dalam politik dapat menerapkan nilai murni dan mampu manjadi warganegara yang bertanggung jawab”.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment