AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, October 19, 2010

Menara Warisan : Satu Lagi Projek 'Gajah Putih'


KUALA LUMPUR 19 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan projek mega era Datuk Seri Najib Razak yang mengulangi projek gajah putih era Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kos Pembinaan Menara Berkembar Petronas menelan lebih kurang AS$1.6 bilion (RM6 bilion). Ini tidak termasuk lagi kos tanah (RM900 juta), taman KLCC (RM200 juta), Dewan Simfoni Filharmonik (RM500 juta), dan Loji ’Gas District Cooling (RM300 juta). Jumlah kosnya mencecah lebih RM10 bilion dan tidak termasuk kos penyelenggaraan sebanyak RM250 juta setahun.

Najib dalam Belanjawaan 2011 menyebut bahawa, "Kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh.”

Tegas Anwar, "Adakah kita berbangga dengan Menara Berkembar Petronas yang sudah bukan menara tertinggi di dunia? Adakah kita berbangga dengan mega projek ini yang mengakibatkan Petronas terpaksa menanggung hutang sebanyak RM10 bilion?."

Anwar turut mempertikaikan penggunaan wang Permodalan Nasioanal Berhad(PNB) dalam pembinaan menara warisan tatkala sebelum ini wang Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) digunakan untuk menampung kos beberapa pembinaan projek mega.

"Persoalannya, adakah kita memerlukan sebuah lagi menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia? Tidak bolehkah kita mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara tanpa pembinaan Warisan Merdeka?."

"Wajarkah kita mengeksploitasikan Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Bolehkah kita menjimatkan RM5 bilion kos pembinaan dan menyalurkannya untuk membina lebih infrastruktur asas di kawasan pedalaman?" soal Anwar.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009