AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 7, 2010

Larang Utusan Buat Liputan Keputusan Parti

PCSNI1
SHAH ALAM 7 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendirian parti itu yang menetapkan setiap anggota parti hendaklah menghormati keputusan parti kerana ia merupakan etika yang perlu dipatuhi dan ini termasuk ketetapan parti untuk tidak membenarkan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan berkaitan aktiviti parti termasuk pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata ketetapan tersebut dibuat berdasarkan usaha media milik Umno itu yang tidak pernah berhenti untuk melihat kehancuran parti itu sejak awal penubuhannya sehingga kini.

“Oleh kerana itu, parti membuat satu keputusan, satu ketetapan. Apa keputusan kita? Keputusan kita ialah kita tidak libatkan Utusan dalam sidang media kita, aktiviti kita, itu keputusan parti.

“Baik, saya berpendapat (sebagai) anggota parti, tanggungjawab paling mudah ialah kita mematuhi dengan keputusan, itu sahaja, sikit sahaja.

“Soalan pilihan kita satu bab. Sebelum parti membuat keputusan, kita boleh memberikan pendirian kita, tetapi apabila parti membuat keputusan, disiplin yang betul ialah menghormati kerana menghormati keputusan parti adalah perkara yang paling asas dituntut, satu etika yang perlu dipatuhi," katanya dalam wawancara khas bersama media di ibu pejabat parti itu semalam.

Mengulas mengenai peringatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini harus mengelak daripada memberi kenyataan kepada media yang dilarang,Saifuddin berkata, keputusan parti adalah berlandaskan kepada prinsip parti itu sendiri.

“Sudah menjadi satu rahsia umum, pendirian parti terhadap media tertentu. Saya nak sebut, saya nak mengulangi prinsip menghormati dan mengiktiraf kebebasan media itu tidak akan berubah, dari sudut keadilan mendasari parti kita.
boikot_utusan_badge


“Di sana, pimpinan parti menilai kecenderungan yang agak ketara dan jelas di kalangan media tertentu dalam kes ini Utusan, yang kita sifatkan sebagai 'istiqamah' dalam usaha mahu menghancurkan Keadilan, bermula daripada usaha membunuh karakter Ketua Umum (Anwar), tak letih-letih, bertubi-tubi untuk menjahanamkan parti,” katanya.

Keputusan tersebut merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun tanpa merujuk secara khusus tentang pendirian Zaid dalam wawancara bersama Sinar Harian kelmarin bahawa beliau bersikap terbuka dan tidak mahu memboikoit media, Saifuddin menegaskan bahawa dasar parti adalah mempertahan dan mengekalkan kebebasan media.

“Sebab itu saya memberi satu gambaran umum, walaupun tergambar dalam pemikiran kita apa yang kita maksudkan.

“Dasar parti dalam mempertahankan kebebasan media tidak berubah, tetapi dalam kes khusus ini, media Utusan tidak pernah letih-letih, jadi parti memberikan satu layanan khas kepada mereka iaitu tidak melibatkan mereka dalam sebarang aktiviti parti, itu sahaja.

“Dan itu keputusan peribadi beliau. Yang saya sebutkan ialah disiplin parti ialah menghormati keputusan parti.

"Dan sebagai anggota, sebaiknya keputusan parti itu dihormati biarpun kita mungkin ada pandangan tersendiri," jelas Saifuddin lagi.

Berhubung pertanyaan sama ada pendirian Zaid ini satu tindakan yang melanggar disiplin parti, ini jawapan yang diberikan beliau:

“Saya tak pergi sampai ke tahap itu. Disiplin dalam konteks yang kita faham, bukan dalam konteks tindakan disiplin. Disiplin maknanya satu etika dan etika perkara yang berkaitan dengan apabila parti membuat keputusan, bolehkah anda patuhi, itu sahaja," katanya.

Dalam wawancara terbaru terbitan 5 Oktober lalu, Zaid dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak mahu mengambil sikap 'memboikot' mana-mana media yang dilihat menyerang dan memusuhi kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat pada amnya.

Zaid berkata, beliau mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu itu walaupun Anwar meminta calon-calon yang bertanding pada pemilihan KEADILAN mengelak daripada menggunakan media lawan untuk diwawancara.

Bagaimanapun Zaid membenarkan beliau diwawancara Mingguan Malaysia minggu lalu walaupun akhbar itu dilarang membuat liputan aktiviti KEADILAN.

Umno Minta Utusan Bertanggungjawab

Dalam perkembangan lain, dalam wawancara Malaysiakini dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam, beliau meminta Utusan Malaysia supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka.

Katanya, masalah yang wujud dalam Utusan Malaysia mungkin hanya disebabkan oleh beberapa orang dalam sidang pengarang akhbar berkenaan.

"Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

"Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu. Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain," tambahnya.

Lapor Adnan lagi, Umno mempunyai pegangan dalam Utusan Malaysia tetapi tidak ada kawalan ke atas kegiatan editorial akhbar berkenaan.

"Mereka akan kata, 'biasalah.' Bila kita marah (mereka beri alasan), bukanlah, itu (disebabkan) wartawan kami. Ini biasa di mana-mana (penerbitan) pun," katanya lagi.

Tengku Adnan sebelum itu diminta mengulas Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mendakwa Utusan Malaysia mengamalkan polisi editorial yang bertentangan dengan etika kewartawanan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009