AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 7, 2010

Keterangan Rahimi Kepada Polis Babitkan Najib, Rosmah dalam Konspirasi Fitnah II

PCLat07102010
PETALING JAYA 7 Okt - Bekas pembantu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Rahimi Osman secara sukarela memberi keterangan kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bahawa beliau telah di bawa oleh rakan karib isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar bertemu Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman mereka.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata berasaskan fakta ini laporan polis Rahimi semalam yang mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 adalah tuduhan liar, tidak berasas dan karut.

"Walaupun Latheefa Koya dan Saiful Izham (Ramli) dinamakan sebagai dua peguam yang dikatakan memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah saya juga terlibat dalam penyediaan dokumen tersebut.

"Rahimi datang ke hotel tersebut atas kerelaannya dan tidak ada unsur paksaan langsung kerana peguam, Stanley Sinnapan juga berada di sebelah beliau sepanjang masa," jelas Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana bersama Latheefa Koya, Saiful Izham Ramli serta peguam N Surendran.

Sivarasa juga memberi amaran kepada Rahimi beliau bahawa berhadapan dengan kesalahan memalsukan fakta dan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.

"Saya mendapat tahu Rahimi sudah menyediakan akuan bersumpah terbaru untuk menidakkan akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008.

"Apa yang diberitahu kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah serupa dengan apa yang di dalam akuan bersumpah beliau malah mengandungi lebih banyak maklumat.

"Jika sekarang Rahimi menafi dan bercanggah dengan keterangannya kepada pihak polis maka beliau telah melakukan kes nyata berkaitan 'perjury' dan boleh dipenjara selama tujuh tahun," tegas beliau.

Menceritakan rentetan peristiwa di hotel tersebut, Latheefa berkata pada hari seorang lagi bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap majikannya, KEADILAN mengadakan kursus kepimpinan di mana rahimi juga turut hadir.

"Memanglah ramai ahli di hotel tersebut dan juga Rahimi ada bersama ketika itu. Dia datang kepada kami dan memberikan keterangan dengan rela berhubung dakwaan yang dibuat oleh kawan karibnya, Saiful," terang Latheefa.

Beliau menjelaskan Rahimi dipanggil sebanyak dua kali oleh pihak polis untuk memberi keterangan.
IMG_5363


Kali kedia adalah pada 23 Julai 2008 di mana Rahimi telah menceritakan bagaimana beliau telah di bawa oleh Mumtaz bertemu Rosmah dan Najib d kediaman mereka.

"Selepas memberi keterangan kepada polis, rahimi menalifon kami dan memaklumkan bahawa beliau telah memberitahu polis segalanya," kata Latheefa.

Saiful Izham pula berkata laporan polis Rahimi adalah satu bentuk manipulasi fakta yang tidak benar dengan tujuan memberi kesan negatif kepada prosiding perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar kini.

"Tuduhan beoiau adalah bersifat jenayah fitnah dan kita akan teliti untuk mengambil tindakan undang-undang dan juga terhadap media yang memutar belitkan fakta dan berita.

"Kami hairan bagaimana Rahimi boleh dakwa beliau di tahan kerana beliau aktif membantu parti dalam siri beberapa pilihan raya kecil terutamanya di Permatang Pauh.

"Kami menganggap ini satu usaha untuk memulakan fitnah pusingan ketiga terhadap Anwar.

Ditanya samada dua akuan bersumpah itu akan digunakan dalam perbicaraan Fitnah II, Sivarasa berkata ia tidak lagi perlu kerana semua maklumat yang terkandung dalamnya sudah pun disahkan oleh Saiful di dalam mahkamah termasuk Perdana Menteri sendiri yang mengakui bertemu Saiful di rumah beliau.

Surendran pula berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada Rahimi untuk menarik balik tuduhannya serta memohon maaf.

"Beliau hanya perlu 24 jam untuk sedar bahawa apa yang dikatakannya adalah fitnah dan tidak benar langsung. Kalau dia tidak tarik balik tuduhan dan mohon maaf kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang," kata Surendran.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009