AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 7, 2010

JKR Didesak Siapkan Hospital Sebelum Jan 2012

KS10
SHAH ALAM 7 Okt - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam di Seksyen 7 sebelum suku pertama 2012.

Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong semata-mata.

Beliau menegaskan projek pembinaan hospital yang terbengkalai sejak Julai tahun ini menjadi rumit selepas tender projek yang diberikan secara rundingan terus menyebabkan proses tender baru bakal mengambil masa lebih 30 bulan untuk menyediakan semula semua dokumen dan pelan berkaitan.

"Cadangan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambilalih projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. Ini kerana prosesnya tidak mengikut tender tetapi rundingan terus kepada syarikat tertentu menyebabkan perkara itu menjadi sukar.

"Masalahnya, ia dibina tanpa sebarang dokumen dan untuk menyediakan semula dokumen tersebut akan mengambil masa hampir setahun. Ini akan menyebabkan kosnya akan meningkat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya petang semalam.

Khalid menambah situasi ini mencerminkan ketidak berkesanan KKR di dalam menangani masalah ini di kala keadaan ekonomi negara berada di dalam keadaan kesempitan dana.

"Cara mereka menangani isu ini juga nampaknya masih lagi menggunakan cara dan budaya yang lama," ujarnya.
hospitalsa


Tambah beliau lagi, sudah hampir empat bulan berlalu, tanpa ada perkembangan berhubung isu pembinaan ini daripada pihak kementerian.

"Perkara ini tidak boleh diterima. Kita desak supaya menteri terbabit mempercepatkan dan menyelesaikan perkara ini tanpa ada kenaikkan kos," tegas Khalid.

Menurutnya, kos pembinaan sebanyak RM480 juta juga merupakan kos yang dikatakan mahal sedang jika mengikut 'rule of thumb', sepatutnya hospital dengan kelengkapan katil sebanyak 300 unit sepatutnya menelan kos RM300 juta sahaja.

Sumber: Suara Keadilan

"Sudahlah mahal, terbengkalai pulak tu, saya difahamkan ada pihak yang sanggup menawarkan untuk membina dengan harga diskaun tapi yang anehnya, Kerajaan Pusat masih lagi mahu menenderkan projek itu," kata beliau lagi.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009