AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, October 15, 2010

ISA Terus Diguna Umno-BN Untuk Tujuan Politik

isaSHAH ALAM 15 Okt - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengecam tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional berhubung penahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil menyifatkan adalah menjadi hak setiap warga Malaysia untuk mendapat pembelaan yang adil.

Kedua-dua badan itu berkata walaupun terdapat undang-undang spesifik bagi mengatasi gejala pemerdagangan manusia dan menentang aktiviti ini namun menafikan seseorang mendapat keadilan tidak boleh diterima.

"Suaram dan GMI memprotes dan berasa amat kesal berhubung penahanan tujuh pegawai imigresen dan dua rakyat asing yang didakwa terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Penahanan sembilan individu tersebut di bawah ISA membuktikan satu lagi usaha melegitimasi penahanan tanpa bicara walaupun Perdana Menteri mengaku ISA perlu dirombak.

"Kami berpendapat penggunaan ISA terhadap individu terbabit melanggar prinsip hak asasi manusia, keadilan dan piawai hak asasi antarabangsa terutamanya di segi penyeksaan atau tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap tahanan," kata badan itu dalam satu kenyataan semalam.

Kedua-dua badan itu menegaskan kerajaan mesti memastikan tahanan terbabit mendapat bantuan guaman segera.

"Disatu pihak kerajaan menyarankan ISA dipinda tetapi pada masa yang sama menggunakannya secara senyap apabila tidak ada pengumuman dibuat mengenai penahanan.

"Ini menunjukkan kerajaan menggunakan akta ini dalam konteks keselamatan negara untuk tujuan politik.

"Kami mendesak tahanan tersebut dibebaskan dengan segera dan memansuhkan akta warisan penjajah. Selama 50 tahun ISA telsh menjadi simbol kezaliman di Malaysia," tegas badan itu.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009