AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 11, 2010

Ibrahim Ali Tidak Hormati Sesi Tafakur


KUALA LUMPUR, 11 OKT- Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berasa kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kerana tidak menghormati sesi bertafakur selama seminit dalam dewan sebagai tanda hormat terhadap kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chonng Ket Wah.

Ibrahim didakwa tidak berdiri dan bercakap menggunakan telefon bimbitnya ketika ahli dewan lain bangun dan bertafakur selama seminit.

Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata Ibrahim bukan sahaja tidak menunjukkan rasa hormat kepada mendiang Chong yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya Sabtu lalu, malah tindakan beliau menggunakan telefon bimbit di dalam dewan juga melanggar arahan Speaker Parlimen yang melarang penggunaan telefon ketika dewan bersidang.

"Kelakuan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati Speaker Dewan dan mendiang Chong. Walaupun beliau seorang Melayu dan beragama Islam, adalah menjadi nilai kita sebagai rakyat Malaysia untuk saling menghormati.

Ibrahim sepatutnya ingat bahawa sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA), tindakannya seolah-olah menunjukkan bahawa beliau langsung tidak menghormati sesiapa sahaja yang bukan Melayu dan beragama Islam," katanya kepada media di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Ibrahim sengaja bersifat provokatif dan memberi amaran pihak pembangkang mungkin akan mengemukakan usul untuk menghukumnya.

"Saya rasa kita patut mengemukakan usul...kelakuannya menggalakan kaum Melayu untuk tidak menghormati kaum lain. Seorang rakan sejawat meninggal dunia dan kami bertafakur seminit sebagai tanda menghormatinya namun beliau terus duduk dan bercakap dengan nada yang kuat melalui telefon, mungkin untuk menunjukkan semangatnya sebagai seorang pejuang Melayu," katanya dengan nada sinis.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009