AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, October 19, 2010

Bonus Tidak Mampu Diberi Tapi Elaun JKKK Dinaikkan

lge4KUALA LUMPUR 19 Okt - Keputusan kerajaan tidak memberikan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam menimbulkan rasa kurang senang apabila kerajaan pada masa yang sama menaikkan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membina bangunan mega Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion yang ternyata tidak memberikan keuntungan kepada rakyat.

"keputusan kerajaan Umno-BN untuk membina bangunan Warisan Merdeka serta menaikkan elaun JKKK menimbulkan kurang senang di kalangan kakitangan awam yang tidak mendapat bonus tahun ini.

"Apa yang saya tidak faham, mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam.

“Pada masa yang sama, kerajaan Umno-BN juga berura-ura mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion.

"Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2011 berkata kerajaan memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Pada masa yang sama kerajaan juga meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) merangkumi Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang sediada serta pembinaan sebuah menara 100 tingkat.

Ahli Parlimen bagan itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kerana ini akan hanya membebankan golongan miskin yang tidak mampu menampung kenaikan kos perkhidmatan.

“Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menambahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009