AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, October 27, 2010

Batu Sapi Bakal Robohkan Tanggapan Sabah Simpanan Tetap Undi BN

IMG_6216SANDAKAN 27 Okt - Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan menjadi penentu kepada tanggapan Barisan Nasional bahawa negeri Sabah merupakan simpanan tetap undi baginya.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perubahan dalam mood pengundi di Batu Sapi yang mahukan perubahan dan pembelaan terhadap kehidupan mereka yang selama ini ditindas dan dipinggirkan BN selama 47 tahun akan menghantar mesej jelas bahawa
rakyat Sabah akan menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Seperti juga di Sibu, saya yakin pengundi di Batu Sapi juga mampu membuat kejutan. Kita tidak hadapi isu undi pos besar seperti di Sibu dan ini membantu peluang kita. Walaupun nampak atas kertas peluang tipis disebabkan faktor pertandingan tiga penjuru tetapi keperitan dan kesusahan rakyat di sini hanya boleh di atasi dengan memenangkan calon Pakatan Rakyat," kata Shamsul ketika di temui semasa penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan di sini semalam.

Beliau berkata AMK akan menumpukan perhatian kepada golongan pengundi muda melalui program rangsangan dan motivasi bagi mereka keluar mengundi berama-ramai 4 November depan.

Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang seimbang dengan BN dan Parti Maju Sabah (Sapp) melihat kepada senario politik Sabah.IMG_3451

"Kita lihat peluang adalah seimbang walaupun pada peringkat awal faktor tiga penjuru nampaknya akan menjejaskan undi Pakatan Rakyat tapi kini kita lihat ia tidak terkesan.

"Ini kerana beberapa faktor yang bergerak dalam senario politik Sabah itu sendiri di mana negeri ini pernah melihat peralihan politik daripada kerajaan Usno kepada Berjaya kemudiannya PBS dan akhirnya Umno.

"Melihat kepada demografi pengundi di Batu Sapi yang mempunyai 60 peratus Bumiputera-Islam dan 40 peratus kaum lain, pemilihan calon BN dan Sapp nampaknya tidak mempengaruhi pilihan rakyat untuk memihak kepada Pakatan Rakyat.

IMG_3453Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpendapat PRK Batu Sapi tidak akan memberi laluan kepada mana-mana parti yang bertanding.

"Kita belum pasti samada Sapp akan jejaskan undi sebab tidak mungkin tidak ada calon yang tidak dapat undi. Semasa kempen pilihan raya baru kita dapat pastikan pola pengundian.

"Lagipun ini pertama kali Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihan raya di Sabah yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dan ketiga-tiga parti bekerjasama untuk memenangkan calon yang dipilih. KEADILAN tidak pernah diuji di Batu Sapi jadi tetapi setakat ini saya lihat sambutan rakyat adalah menggalakan," jelas Mustafa

Sehubungan itu kata beliau PAS akan turunkan lebih 600 petugas dari seluruh Sabah untuk membantu sepenuhnya jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di Batu Sapi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata PRK Batu Sapi memberi peluang kepada pengundi di kawasan ini untuk menentukan wakil mereka di Dewan Rakyat.

"Pilihan raya kecil ini mereka memilih wakil yang boleh benar-benar mewakili mereka, boleh bersuara untuk mereka berhubung masalah yang dihadapi oleh mereka kerana dua calon yang lain tidak boleh.

"Ini memang peluang bagi semua pengundi di Batu Sapi memilih wakil yang terbaik kerana kita hanya ada 2 1/2 tahun lagi di Dewan Rakyat dan di dalam tempoh ini kita mahu wakil yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk mewakili pengundi di sini," kata Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009