AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, October 15, 2010

Amaran Anwar Kepada Opportunis, "Jangan Perlekeh Kemampuan Nurul Izzah"

AI25KUALA LUMPUR 15 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan usaha pihak tertentu yang cuba memperalatkan anak beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah supaya bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan 20101 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak memperlekehkan kemampuannya.

Anwar yang juga merupakan Ketua Umum KEADILAN berkata Nurul Izzah sudah matang dan cerdik dalam menentukan kedudukan dan halatujunya di dalam parti.

"Biar beliau tentukan, jangan memperkecilkan kebolehannya, dia pun tahu, ada orang betul-betul sokong, ada orang cuba memperalatkan, itu perkara biasa.

"Bagi pihak yang cuba membayangkan Nurul Izzah tidak mengetahui apa-apa, beliau dari masa ke semasa sememangnya tahu dan sedar, tidak kiralah dalam apa bentuk motif sekali pun.

"Saya bangga dengan beliau dan saya percaya dengan pertimbangan yang beliau tentukan.

"Walaupun saya ayahnya tetapi beliau turut mempunyai pendapatnya sendiri. Biarlah beliau sendiri yang menentukan, ia tidak mudah tetapi saya bangga dengan pendirian beliau," tegas Anwar dalam sidang media di lobi parlimen, semalam.

Katanya, sememangnya, sebagai ayah kepada Nurul Izzah, beliau sudah tentu mahukan anaknya Izzah mendengar cakapnya tetapi cara tersebut bukanlah perkara baik untuk dilakukan.

Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Nurul Izzah layak bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah Biro Politik memutuskan menerima pencalonan dari Cabang Semporna yang lewat diterima berdasarkan alasan munasabah yang diberikan.

Ujar Saifuddin, beliau layak bertanding selepas melepasi had pencalonan minimum iaitu sebanyak dua pencalonan bagi jawatan tersebut.

Satu lagi cabang yang mencalonkan beliau adalah daripada Keningau, Sabah.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009