AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 16, 2010

Ubah Cara Pelantikan KPN Jika Mahu Kurangkan Jenayah


SHAH ALAM 16 SEPT : Jurucakap kumpulan peguam, Lawyer For Liberty, N Surendran mencadangkan agar kaedah pelantikan Ketua Polis Negara direformasikan agar ia seiring dengan usaha tranformasi yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Ujarnya satu badan bebas yang dianggotai oleh ahli-ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang boleh dibentuk dan badan itu akan dipertanggungjawabkan untuk melantik Ketua Polis Negara atau meluluskan perlantikan yang dibuat oleh kerajaan.

Menurut beliau, ini penting dalam memastikan individu yang dilantik untuk mengepalai unit keselamatan negara itu merupakan seorang yang berkredibiti tinggi untuk menjalankan tugasnya di samping mampu membentuk organisasi yang mapan untuk memenuhi tuntutan mengawal keselamatan negara.

"Kita perlu satu badan bebas untuk melantik Ketua Polis Negara. Jikalau pun kerajaan yang melantiknya, ia perlu diluluskan oleh contohnya, sebuah panel yang terdiri dari ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang," katanya.

"Saya rasa jenayah sukar untuk dikurangkan, sehinggalah kerajaan bertekad untuk membuat sebuah pasukan polis yang profesional, dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik," tambahnya.

Surendran berkata demikian, mengulas mengenai laporan mengenai usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mensasarkan matlamat bagi menurunkan kadar jenayah, termasuk jenayah jalanan melalui dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Menurut laporan berkenaan, selain dari penambahan anggota dan kemasukan anggota awam bagi tugasan meja, pihak KDN turut bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Rela untuk melakukan tugasan rondaan bagi menangani jenayah.

Hishammuddin juga berkata PDRM mahu mencari pendekatan yang lebih kreatif dan strategik dalam menangani jenayah pecah rumah dengan mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

Walau bagaimanapun menurut Surendran, tenaga pasukan polis terlalu banyak digunakan bagi mengintip pergerakan pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro-pembangkang, sedangkan tugas yang lebih penting seperti menurunkan kadar jenayah terus terabai.

Bahkan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri itu, Surendran berpendapat negara telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membina prasarana, memberikan latihan dan menaiktaraf kelengkapan, namun hasilnya menghampakan.

"Tetapi, jika sumber-sumber ini (anggota polis) digunakan untuk membanteras jenayah, ia pasti akan ada perbezaan. Saya tak percaya Hishamuddin, akan benar-benar dapat melakukan (transformasi) ini," jelas Surendran.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009