SHAH ALAM 16 Sept : Banyak kesilapan semasa menerajui Selangor sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu adalah faktor lebih penting mengapa Datuk Seri Khir Toyo tidak layak menerajui Selangor pada masa akan datang.
Perkara ini ditegaskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dipetik melalui Sinar Harian sambil menambah rakyat negeri ini tidak akan menerima kembali Ketua Pembangkang itu sebagai Menteri Besar sekiranya UMNO menawan kembali negeri ini pada Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
“Pemimpin sedemikian tidak layak menerajui negeri ini apatah lagi menjadi ikon kepada rakyat Selangor,” katanya.
Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan Barisan Nasional(BN).
Dalam pada itu, Khalid menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Dr Khir yang berkata beliau tidak mahu lagi menjadi Menteri Besar jika BN kembali merampas Selangor,sebagai tidak ikhlas dan penuh kepura-puraan.
"Saya berpendapat, dia tidak mahu dilantik semula menjadi Menteri Besar sekiranya pembangkang mengambil alih negeri ini kerana sedar tidak lagi berpeluang mendapat habuan" ujar Khalid.
“Ini kerana pentadbirannya sekarang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak amalan sedemikian,” katanya.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment