AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, September 25, 2010

SMM Selar Tindakan Angkuh UPM Halang Pergerakan Mahasisiwa


SHAH ALAM - Solidariti Mahasiswa Malaysia menyifatkan tindakan Universiti Putra Malaysia (UPM) melarang mahasiswanya hadir ke mahkamah semalam untuk menyatakan sokongan kepada lima mahasiswa Universiti Malaya berhubung kes 'bini puaka' sebagai sikap angkuh dan tidak beretika.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman kesaldengan sikap tidak profesional pihak Hal Ehwal Pelajar UPM yang seolah-olah tidak mengambil iktibar majoriti golongan mahasiswa di negara ini yang menentang penggunaan Akta Universiti dan Kolej Univerisiti 1971.

"Saya menyarankan agar pihak HEP UPM celik dan jangan tidur dengan menindas dan mengekang gerakan mahasiswa sehinggakan mahasiswa ingin pergi ke tempat lain pun dihalang dengan pelbagai cara. Ini bertentangan dengan hak sebagai rakyat Malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya juga menyeru mahasiswa dan mahasiswi UPM supaya tidak takut dan gentar dengan arahan tersebut kerana tindakan itu hanya ingin menakut-nakutkan mahasiswa.

"Saya juga menyeru seluruh mahasiswa di kampus lain agar bangkit dengan propaganda jahat yang ingin menenggelamkan gerakan mahasiswa di Malaysia," kata beliau dalam satum kenyataan Khamis lalu.

Semalam Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur membebaskan lima penuntut UM setelah mendapti tiada kes 'prima facie' terhadap mereka.

Mereka dituduh menconteng dinding Akademi Pengajian Islam UM pada tahun lepas dengan kata-kata 'bini puaka' yang merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh melakukan jenayahdi bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009