Arkib Blog

Wednesday, September 1, 2010

Darjah Selangor Ling, OC Phang Digantung


SHAH ALAM 1 Sept - Sultan Selangor hari ini mengambil tindakan menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi

Dalam satu kenyataan media, setiausaha kerajaan negeri Selangor, berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat keputusan itu setelah berunding dengan Dewan DiRaja Selangor pada 19 Ogos lalu.

Sultan Selangor menggantung darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang dianugerahkan kepada Liong Sik pada tahun 1992 manakala gelaran darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka yang dianugerah kepada beliau pada tahun 2001 juga diambil tindakan sama.

Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Liong Sik di dakwa pada 29 Jun lalu di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan.

Beliau mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dengan sebutan kes ditetapkan pada 3 September ini.

OC Phang pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Beliau juga berdepan dengan dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000.

Kes beliau yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di Shah Alam telah ditangguhgkan dari 25 Ogos ke 26 hingga 29 Oktober depan.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009