AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, August 10, 2010

Kontraktor Hospital Shah Alam diberi amaran baru

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan satu lagi amaran bertulis kepada Sunshine Fleet Sdn Bhd - kontraktor utama projek Hospital Shah Alam yang masih di belakang jadual.

Malaysiakini diberi sesalinan surat yang dialamatkan ke Sunshine Fleet, sebuah firma yang dikaitkan dengan keluarga kerabat diraja Selangor. Ia berikutan surat bertarikh 15 Julai lalu yang mendakwa berlaku 'kelewatan yang serius' dalam projek berkenaan.

Surat dengan tajuk 'Amaran kemungkiran kontraktor' itu bertarikh 26 Julai.

JKR menggambarkan pembinaan di tapak itu sebagai “amat kritikal dan serius”. Ia ditadatangani oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Mohamed Amin Kasim.

Antara intipati surat itu ialah projek berkenaan hanya siap 26.1 peratus sedangkan mengikut jadual ia sepatutnya siap pada tahap 29.7 peratus ketika surat itu dikeluarkan.

“Aktiviti kerja di tapak telah terhenti dan bilangan pekerja adalah amat kurang dengan ketara berbanding bulan-bulan lalu sebelum ini. Pada 26 Julai, hanya terdapat 41 orang pekerja di tapak di mana sepatutnya adalah lebih kurang 700 pekerja,” kata JKR.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan Sunshine Fleet untuk meneruskan kerja serta menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh agar projek itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

JKR juga menuntut firma itu menjelaskan mengapa perjalanan kerja telah tergantung serta menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi serta tindakan yang diambil bagi mengatasinya.

“Sekiranya, tuan gagal mematuhi perkara itu, pejabat ini akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan syarat-syarat kontrak,” kata JKR.

Berdasarkan peraturan lazim yang ditandatangani dengan JKR, perkara berkenaan boleh menyebabkan perjanjian yang ditandatangani terbatal dan projek hospital itu ditenderkan semula kepada mereka yang berminat.

Projek bernilai RM482 million itu telah dibelenggui pelbagai masalah termasuk pergeseran antara Sunshine Fleet dengan sub-kontraktor asalnya Isyoda (M) Sdn Bhd berhubung perkara 'membabitkan wang'.

Keadaan itu menyaksikan projek berkenaan disub-kontrakkan kepada GM Healtchcare Sdn Bhd, yang juga kemudiannya menghadapi masalah kewangan dengan kontraktor utamanya.

Masalah berkenaan kemudiannya diheret ke mahkamah dan menyebabkan projek itu terhenti.

Malah, Sunshine Fleet juga meminta JKR menghentikan segala bayaran atas kerja-kerja yang telah disiapkan dan mendapatkan perintah mahkamah supaya semua bayaran kepada pihak-pihak yang terbabit dibekukan.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009