AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 6, 2010

Umno-BN Tidak Minat Bela Hak Kaum Penan


KUALA LUMPUR 6 Julai - Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak yang ditubuhkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat mengesahkan bahawa penderaan seksual dan eksploitasi ke atas kaum itu sememangnya berlaku.

Hasil misi siasatan bebas oleh Kumpulan Sokongan Penan, Forum Asia dan Asian Indigeous Women's Network bagaimanapun merumuskan tindakan untuk menuntut keadilan bagi kaum wanita Penan yang diperkosa tidak memuaskan.

Bercakap dalam sidang media anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Parlimen hari ini, Koordinator Suaram, John Liu berkata, misi berkenaan ditubuhkan untuk membuat siasatan lanjut mengenai situasi kaum Penan di negeri itu bagi mengenalpasti berlakunya keganasan seksual dan eksploitasi seks yang tersebar luas dan faktor yang menyebabkannya berlaku.

"Misi ini juga menyenaraikan cadangan wajar kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menangani isu ini," kata Liu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan beberapa wakil pertubuhan badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam, All Women's Action Society (Awam), Center for Orang Asli Concerns (Coac) dan wakil komuniti Penan daripada Kumpulan Sokongan Penan, Jenita Angie

Mengulas lanjut, wakil Women's Aid Organisations (WAO), Wong Susan berkata, misi tersebut telah melawat tiga komuniti kaum Penan dan satu komuniti kaum Kenyah.

"Melalui keterangan dari 13 keterangan, didapati bahawa tujuh kes keganasan seksual baru berlaku. Bentuk-bentuk keganasan yang dinyatakan adalah rogol, serangan, penculikan, kahwin paksaan, keganasan rumah tangga dan ugutan," katanya.

Tambah beliau, laporan ini menegaskan bahawa kes-kes yang dikenalpasti ini hanya daripada sebuah kawasan kecil di Sarawak malah terdapat beribu lagi kaum Penan dan Orang Asal yang terpaksa hidup dalam kemiskinan di seluruh Sarawak.

"Sudah pasti keganasan seksual di kawasan lain juga berlaku. Situasi ini amat serius dan tiada alasan yang wajar bagi pihak berkuasa menafikan bahawa keadaan ini berlaku tetapi tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap kementerian berwajib yang seolah-olah menyembunyikan laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap kaum Penan di Sarawak.

“Adalah amat mengecewakan apabila mengetahui ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi kehidupan seharian dalam ketakutan dan ugutan manakala golongan wanita serta anak-anak gadis kecil seawal usia 10 tahun dipergunakan serta didera untuk melayani nafsu serakah seksual oleh kebanjiran pekerja syarikat pembalakan yang datang dari luar untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.

"Kita tidak boleh bertolak-ansur lagi dengan ketidakpedulian kerajaan negeri Sarawak terhadap penindasan kaum Penan sejak 10 tahun lalu," tegas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009