AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 6, 2010

PDRM Peruntukkan RM15 Juta Untuk PRK Hulu Selangor Dan Sibu


KUALA LUMPUR 6 Julai - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperuntukkan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi kos mengendali dua pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan juga di Sibu masing-masing pada April dan Mei tahun ini.

Maklumat ini didedahkan bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai jumlah anggota polis yang bertugas semasa PRK Hulu Selangor dan Sibu serta jumlah kos keseluruhannya yang terbabit.

"Melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh kementerian terbabit menjelaskan jumlah keseluruhan pegawai dan anggota polis yang ditugaskan semasa PRK Hulu Selangor adalah seramai 4,009 orang manakala bagi Sibu pula seramai 1,737 orang.

"Manakala kos keseluruhan bagi PRK Hulu Selangor adalah sebanyak RM10,547,995 juta dan PRK Sibu sebanyak RM4,561,634 juta," jelas Tian Chua.

Soalan kedua yang dikemukakan oleh Tian Chua adalah mengenai peruntukan undang-undang yang digunakan oleh pihak polis bagi melarang parti politik berkempen dengan menggunakan isu Allah dalam PRK Sibu.

"Jawapan bertulis yang diterima itu menjelaskan tugas pihak polis semasa PRK adalah untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan proses pilihan raya berjalan lancar. Berkenaan dengan isu penggunaan perkataan Allah ia merupakan isu yang sangat sensitif dan membabitkan beberapa kes yang masih dalam perbicaraan di mahkamah dan kementerian enggan menyentuh perkara tersebut," jelas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009