AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 21, 2010

Pek Integriti Satu Lagi Langkah Berani Pakatan Rakyat Selangor Banteras Rasuah Dalam PBT


SHAH ALAM 21 Julai - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor bakal melaksanakan Pek Integriti ke atas pentadbiran Kerajaan Tempatan dalam usaha membendung gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan Pek Integriti ini dijangka bermula dalam tempoh dua bulan akan datang selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2011.

Menurut beliau, Pek Integriti sebelum ini telah diperkenalkan di Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi memastikan anak syarikat kerajaan negeri itu dan kontraktor perlombongan pasir berlesen akur kepada perjanjian bagi mengelakkan urus niaga tidak bermoral.

“Jika salah satu pihak melakukan penyelewengan, maka sebelah pihak lain pula berhak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya, ini adalah kontrak perjanjian, kita bakal melaksanakannya dengan beberapa fasa supaya semua pihak faham tanggungjawab mereka.

“Saya ingin mencadangkan agar Pek Integriti ini juga dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan berkuat-kuasa seberapa segera yang boleh.

"Kontrak-kontrak baru mesti memenuhi Pek Integriti yang ditandatangani oleh Kerajaan Tempatan dan syarikat-syarikat yang bersaing untuk mendapatkan kontrak tersebut di mana perjanjian meliputi persoalan penolakan terhadap penerimaan dan pemberian rasuah”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan dan Penyerahan Watikah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Penggal 2010-2011 di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Abdul Khalid berkata, Pek Integriti yang diurus tadbir oleh Transparency Interntional ini sudah pun dipraktikkan dengan meluas dalam Kerajaan Tempatan di luar negara seperti Itali, Indonesia dan Korea Selatan.

“Kita sangat berharap Pek Integriti ini akan membantu kita memerangi musuh nombor satu negara kini iaitu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Pek Integriti ini dapat mewujudkan padang sama rata (level playing field) kepada semua pembida (bidder) serta membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan kos untuk memenuhi matlamat sosial, ekonomi dan pembangunan negeri," jelas beliau.

Bagi tujuan itu, Khalid berharap pelantikan Ahli Majlis PBT Selangor bagi penggal 2010-2011 ini dapat memantap dan melicinkan pentadbiran kerajaan tempatan pada masa akan datang.

“Kerajaan negeri sudah bersetuju untuk menetapkan tempoh pelantikan ahli-ahli majlis pada penggal ini selama satu tahun setengah iaitu mulai 7 Julai 2010 sehingga 31 Disember 2011," ujar Abdul Khalid.

Katanya, tujuan penetapan tempoh ini dibuat untuk memberi lebih peluang kepada ahli-ahli majlis memperkembangkan idea-idea baharu dan menyumbang tenaga secara berkesan.

Pelantikan seramai 288 Ahli Majlis bagi 12 PBT di Selangor bagi penggal 2010-2011 menampilkan hampir 33 peratus muka-muka baharu termasuklah penglibatan orang kurang upaya buat pertama kalinya.

Pemilihan mereka adalah berdasarkan kriteria 4C iaitu capability (kemampuan), capacity (keupayaan), character (keperibadian) dan cooperation (bekerjasama).

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009