AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 17, 2010

MAPPIM Dakwa Persidangan FBINAA Semai Kebencian Terhadap Pergerakan Islam


SHAH ALAM 17 Julai - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) membantah dengan sekeras-kerasnya Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik (FBINAA) ke-13 di Kuala Lumpur kerana mendakwa Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat itu terlibat dalam strategi menentang pergerakan Islam diseluruh dunia dan melabelkannya sebagai kumpulan penganas.

"Ini adalah amat memalukan, kerana pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis yang menyeksa umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan," kata Setiausaha Agung MAPPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mod Azmi FBI merupakan cabang ketenteraan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain manakala National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negara.

"Walaupun latihannya jelas untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih berkenaan persepsi AS berhubung isu global. Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global.

Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap pendudukan AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas," tambahnya dalam kenyataan itu.

Latihan untuk pegawai kanan polis Malaysia di Akademi itu bermula pada 1964 dengan penyertaan Penolong Pesuruhjaya Kanannya, Kassim Ali.

Sejak itu, sejumlah 58 pegawai kanan polis telah mengikuti kursus termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

Enam belas daripada kumpulan awal tersebut masih lagi di dalam perkhidmatan.

Selepas peristiwa 11 September, Polis DiRaja Malaysia menjadi rakan baru dalam memerangi pengganas global bersama AS kata MAPPIM.

Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara.

Beliau berpendapat Kempen 'Memerangi Keganasan Global' telah menimbulkan kesangsian.

Dasar, perancangan dan perjanjian yang dibuat di bawah pentadbiran Presiden AS yang baru, Barack Obama masih diteruskan.

MAPPIM berkata kini sudah tiba masanya untuk menghapuskan dasar ini dan keganasan yang dianggap sebagai jenayah yang perlu ditangani di bawah undang-undang negara dan antarabangsa.

"Malaysia perlu menilai semula hubungannya dengan AS memandangkan kepada dasarnya yang membawa kepada perubahan rejim di negara Islam yang merdeka, menggalakkan perpecahan antara mazhab, menyemai pertelingkahan sesama Islam dan juga antara negara Islam, dan penentangan terhadap pelaksanaan syariah untuk umat Islam," tambah Mohd Azmi.

Saranan Laporan Goldstone berhubung jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh keganasan Israel ke atas Gaza pada November 2008 dan penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat keganasan Israel terhadap Freedom Flotilla dan pembunuhan sembilan sukarelawan kemanusiaan Turki digagalkan oleh tindakan AS untuk melindungi Israel.

"Kami merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia Islam.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS. Sebagai ganti mereka boleh dilatih di negara lain seperti India, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni," kata Mohd Azmi lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009