AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, June 15, 2010

Umno-BN Nafikan Orang Asal Sebagai Golongan Bumiputera


SHAH ALAM 15 Jun - Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata martabat dan status kependudukan Orang Asal di negara ini semakin dipinggirkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang menyebabkan mereka menjadi golongan yang paling miskin dalam strata masyarakat dalam negara ini.

Beliau menegaskan Orang Asal di negara ini berhak menikmati status Bumiputera sepenuhnya kerana mereka merupakan penduduk asal Malaysia sejak berkurun-kurun lamanya.

Bagaimanapun menurut Zuraida keadaan ini tidak berlaku kerana hanya kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja mendapat keistimewaan berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan.

"Malangnya kerajaan Umno-BN mendiskriminasi kaum Orang Asal sejak merdeka dan dinafikan hak mereka sebagai Bumiputera. Inilah nasib yang menimpa Orang Asal dinegara ini," kata Zuraida kepada Suara Keadilan.

Beliau juga mengadakan program ceramahnya di Bilik Gerakan KEADILAN Kuala Krau Sabtu lalu sempenan lawatan rombongan Wanita KEADILAN ke beberapa kampung Orang Asal di Kuala Krau Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata lawatan tersebut antara program yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan hak keistimewaan dan membela Orang Asal di negara ini.

"Negara Malaysia sudah merdeka 53 tahun dan ada masyarakat di antara kita hidup tanpa kemudahan asas. Inikah 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno-BN? Adakah rakyat didahulukan sedangkan kehidupan masyarakat ini benar-benar dipinggirkan.

"Sampai bila masyarakat yang dulu tuan punya Tanah Melayu ini kini tanah adat mereka dirampas dan dipinggirkan mereka daripada arus pembangunan negara.

"Sehingga kini ada di kalangan anak-anak Orang Asal tidak bersekolah dan buta huruf. Kenapa masih ada keadaan sebegini dan siapa yang harus disalahkan?" soal beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009