AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, June 10, 2010

Selangor Kesal Serangan Ke Atas Ahli Majlis Perbandaran Selayang


SHAH ALAM 10 Jun - Kerajaan Negeri Selangor memandang berat tindakan sekumpulan orang yang menyerang Ahli Majlis dari Majlis Perbandaran Selayang, Lim Chin How semalam ketika beliau sedang menjalankan tugas.Tindakan jenayah tersebut adalah amat dikesali kerana ianya tidak sepatutnya berlaku kepada seorang ahli majlis yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat perlu menghormati peranan ahli majlis yang mempunyai tugas berat untuk menjalankan usaha kebajikan.

“Jika terdapat apa-apa perkara tidak menyenangkan ataupun tidak bersependapat, mereka bolehlah melaporkan terus kepada kerajaan negeri supaya sebarang masalah dapat selesaikan dengan cara yang lebih beperikemanusiaan,“ kata Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyeru agar pihak polis mengambil tindakan tegas dan menjalankan siasatan secara profesional dalam perkara ini agar mereka yang melakukan keganasan itu dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009