AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 23, 2010

Penduduk Sabah Terabai, Kerajaan Selangor Cari Penyelesaian


Pengangguran dan masalah pendapatan keluarga yang rendah di Sabah yang semakin meruncing menyebabkan rakyat Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung terutamanya Lembah Klang untuk mencari sesuap nasi.

Ahli Parlimen Sabah, Hiew King Cheu menzahirkan rasa kebimbangan ini ekoran janji-janji manis yang ditaburkan oleh kerajaan negeri Sabah selama ini tidak banyak membantu rakyat Sabah dalam mendapatkan pekerjaan.

“Kerajaan Sabah sudah banyak menabur janji untuk menyediakan beribu peluang pekerjaan tetapi gagal menyediakan pekerjaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan media menunjukkan ramai belia Sabah yang datang ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan tetapi berakhir dengan menjadi penganggur kerana bilangan mereka terlalu ramai.

Dianggarkan, lebih daripada 100,000 rakyat Sabah berada di sekitar Lembah Klang hari ini kerana mahu mencari sesuap nasi bagi melangsungkan kehidupan.

Lantaran itu, kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) mengambil pendekatan yang lebih drastik untuk menangani masalah rakyat Sabah ini.

Beliau berkata, kerajaan Selangor akan mengadakan perjumpaan rasmi bersama rakyat Sabah dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah mereka itu bersama pimpinan utama PR.

“Kami telah mengaturkan mesyuarat dengan NGO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim pada 4 Julai ini di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya bagi bertemu rakyat Sabah dan mengetahui lebih lanjut apa permasalahan mereka sebenarnya.”

Beliau berkata dengan perjumpaan ini dapat memberi tekanan kepada pihak berkuasa sama ada kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Sabah agar bertindak lebih pantas dalam menangani isu ini.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009