AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 23, 2010

Najib Gagal Gubal Dasar Ekonomi Hawa Dalam RMK-10


KUALA LUMPUR 23 Jun - Dunia sudah mengiktiraf dan mengikuti arus 'ekonomi hawa' sebagai keajaiban ekonomi masa kini yang boleh memacu ekonomi sesebuah negara melalui kuasa beli wanita terhadap barangan pengguna yang dianggap peluang pasaran terbesar di dunia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan semakin ramai wanita Malaysia yang mendapat pendidikan tinggi dan giat melibatkan diri dalam sektor pekerjaan dengan pola sosial yang semakin berubah tetapi malangnya Rancangan Malaysia Ke-10 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal meletakkan ekonomi golongan hawa dalam perspektif yang sewajarnya.

"Golongan hawa adalah kuasa pembeli dunia sekarang, wanita bekerja mempunyai pendapatan sendiri dan kuasa beli mereka mampu memacu ekonomi negara jika barangan dan perkhidmatan tempatan boleh memenuhi keperluan dan kehendak pembeli wanita ini.

"Ekonomi hawa ini berupaya untuk membawa negara keluar dari krisis ekonomi yang sedang dihadapi, malang sekali perubahan kuasa beli wanita Malaysia ini tidak dihiraukan potensinya oleh Kerajaan Malaysia dalam RKM-10. Kerajaan Malaysia tidak mahu meneladani usaha negara-negara maju untuk memanfaatkan potensi dalam ekonomi hawa ini.

"Kerajaan Umno-Barisan Nasional mempunyai jumlah kakitangan awam yang seramai 1.2 juta orang masih tidak dapat menawan arus ekonomi dunia dengan cekap dari seawal perancangan ekonomi untuk lima tahun akan datang.

"BN gagal merancang dan memanfaatkan ekonomi hawa yang dikawal oleh separuh daripada penduduknya iaitu wanita. Tanpa penglibatan wanita dalam ekonomi sekarang bagaimana hasrat Malaysia hendak mencapai taraf negara berpendapatan tinggi," tegas Zuraida.

Beliau menambah jika kerajaan terus tidak mengendahkan potensi ekonomi hawa ini bukan setakat ekonomi negara menderita malah agenda pemberdayaan wanita dalam penyertaan politik dan penggubalan dasar sektor awam turut akan terbantut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009