AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 25, 2010

Kerajaan Negeri Anjur Kempen Pangsapuri Bersih, Ceria, Harmoni


Kerajaan Selangor akan mengadakan Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni buat kali kedua bagi tahun 2010 di Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang hari Ahad ini (27 Ahad) bagi membina masyarakat yang mempunyai keprihatinan sosial dan persekitaran tempat kediaman.

Program ini akan dilancarkan bersama oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali selaku Adun Selat Klang pada jam 12 tengahari.

Kedua-dua Exco Selangor itu juga akan melancarkan Pusat Sehenti Ilmu Pengetahuan dan Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor (GeMS) bagi meningkatkan mutu kehidupan penghuni Pangsapuri Sri Perantau.

Pada September 2009, Y.A.B Dato' menteri Besar Selangor telah melancarkan Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria & Harmoni di peringkat negeri. Bagi tahun 2010, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM50,000 untuk 5 siri kempen di pangsapuri di seluruh negeri Selangor.

Kempen siri pertama telah diadakan di Pangsapuri Seri Kembangan, Bukit Beruntung pada 24 April lalu dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari kalangan penghuni pangsapuri.

Program ini turut melibatkan pameran Jabatan seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional, Unit Perancangan ekonomi, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009