SIBU 13 Mei - Bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kanan menentang perlaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) semasa berada di dalam Kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak menyokong usaha Abdullah untuk menubuhkan IPCMC kerana Najib dan kumpulannya dalam Kabinet tidak berminat untuk membuat sebarabg reformasi Polis DiRaja Malaysia.
"Najib tidak bermniat buat reformasi malah dia dan beberapa menteri lain menentang usaha Pak Lah itu. Saya yakin kalau Pak Lah dapat sokongan Najib dan anggota Kabinet ketika itu, beliau sudah melaksanakan IPCMC sejak dahulu lagi," kata Zaid pada sidang media harian di Pusat Media Pakatan Rakyat di sini pagi tadi.
Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat mendesak agar Najib memastikan IPCMC ditubuhkan segera bagi membersihkan diri beliau darpada 'dosa' kerana menentang penubuhan suruhanjaya itu sebelum ini.
Ketua Parlimen DAP yang juga hadir pada sidang media itu menyatakan rasa terkejut membaca kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mahu keluarga remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis di Shah Alam 26 April lalu.
"Apa jenis ketua polis yang kita ada apabila beliau meminta keluarga Aminulrasyid memohon maaf kepada polis kerana menembak mati anak mereka.
"Semua ini berlaku disebabkan IPCMC tidak dilaksanakan sehingga Ketua Polis Selangor boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu. Adakah Najib menyokong kenyataan ketua polis ini?" tanya Kit Siang.
"Kalau IPCMC diwujudkan, Aminulrasyid masih hidup sekarang dan kita tidak akan dengan komen yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut daripada seorang ketua polis. Kita nak tahu apakah pendirian Najib dalam hal ini dan adakah beliau mahu memisahkan dirinya daripada pendirian ketua polis itu.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment