AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 13, 2010

Tragedi Aminulrashid: Enggan Mohon Maaf, Imej Polis Kian Merudum


SHAH ALAM 13 MEI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor kecewa dengan keengganan Ketua Polis Negara dan Selangor memohon maaf kepada keluarga Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut pada kenyataan media hari ini, berkata AMK Selangor berasa amat dukacita kerana sewajarnya polis tidak menunjukkan sikap profesionalismenya dalam hal itu.

Beliau yakin, maruah dan imej PDRM tidak merudum jika mereka bersedia memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan tindakan itu diyakini membantu imej polis yang tercalar teruk mutakhir ini.

Katanya, polis juga wajar membersihkan nama baik Aminulrashid berikutan dakwaan mereka sebelum ini, sekali gus mengelak keluarga mangsa tidak dibebani dengan dakwaan sedemikian.

Dalam pada itu, Mohd Ezli berkata, AMK Selangor mengulangi gesaan supaya prosedur polis diperbaiki bagi mengealkkan kejadian sedemikian berulang.

"Kita yakin polis mampu menangani situasi sedemikian dengan baik kerana mutu dan kerja profesionalisme PDRM sebagai pasukan keselamatan amat diperlukan rakyat dan negara," katanya.

Mohd Ezli berkata, AMK Selangor juga menggesa tekanan kerja yang dihadapi anggota polis selama ini dikaji dan diperbaiki bagi memastikan mereka mampu menangani bebanan tugas yang berat dan mencabar.

Sehubungan itu, katanya, AMK Selangor mahu memastikan kebajikan anggota polis terus diutamakan termasuk aspek perumahan, kebajikan keluarga anggota dan sistem gaji bersesuaian.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009