AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 12, 2010

Tukar Kerajaan Umno-BN Baru Malaysia Cemerlang Kembali


SIBU 12 Mei - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kekalahan Malaysia ditangan Jepun 3-2 semalam ketika menyelesaikan peringkat kumpulan kejohanan badminton Piala Thomas merupakan antara tanda negara ini dalam proses merudum dalam segala segi.

Kit Siang berkata sebagai kuasa badminton di dunia pada tahun 50-an, 60-an dan 70-an beliau tidak pernah terlintas di fikiran Malaysia boleh tumpas kepada Jepun yang tidak pernah tersenarai sebagai sukan badminton.

"Pemain kita telah bermain sebaik mungkin tetapi isunya mengapa Malaysia sebagai johan sukan bandminton kini boleh jatuh jauh ke bawah sekali sehingga boleh kalah kepada Jepun yang kita semua tahu tidak masuk senarai sebagai negara yang kehadapan dalam sukan ini.

"Ini tanda jelas Malaysia gagal dalam segala bidang - pendidikan, ekonomi, sukan, politik dan pembangunan - kerana kita mempunyai kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal.

"Adakah Malaysia di bawah Umno-BN akan mengikut jejak langkah Greece sebagai sebuah negara bankrup.

"Penyelesaian kepada kelesuan dan kegagalan negara ini hanya boleh dicapai dengan menukarkan kerajaan ini dengan Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat dan Sibu adalah permulaan kepada perubahan ini," kata Kit Siang pada sidang media harian di Pusat Media DAP di sini pagi tadi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009