AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 12, 2010

Fitnah 2 - Saiful Mengaku Berjumpa Najib


Saiful Bukhari Mohd Azlan hari ini mengaku bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di rumahnya pada 24 Jun 2008.

Menurut Saiful, pertemuan itu telah dirancang bersama Pegawai khas Perdana Menteri, Khairul Anas Yusof.

Mahkamah yang berhenti rehat hampir sejam itu menyaksikan peguam bela Karpal Singh bertanya adakah Saiful pergi berjumpa Perdana Menteri selepas kejadian itu.

Saiful menjelaskan beliau ada bertemu Najib dan pertemuan tersebut mengambil masa selama 20 minit.

Beliau juga mengaku telah berjumpa Pegawai Khas Najib pada bulan Januari 2008 atau Disember 2007 di Pejabat Najib.

Dalam jawapan kepada soal balas Karpal, Saiful berkata pertemuan di antara beliau dan pegawai khas itu kononnya bertujuan untuk pinjaman MARA baginya untuk kursus kadet juruterbang.

Karpal kemudiannya bertanya, sama ada adakah beliau telah dibawa berjumpa Najib oleh seseorang yang bernama Mumtaz Begum Jaafar yang ketika itu berada di rumah perdana menteri tersebut.

Saiful kemudiannya menafikannya.

Apabila pihak pembelaan bertanyakan adakah Najib menasihatkan beliau membuat laporan polis selepas perjumpaan itu.

Saiful menjawab tidak.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009