AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 12, 2010

Petugas Pakatan Rakyat Periksa Senarai Daftar Pengundi


SIBU 12 Mei - Pemeriksaan ketepatan senarai daftar pengundi bermula hari ini dengan 12 wakil Pakatan Rakyat daripada KEADILAN, PAS dan DAP menghadiri sesi pembacaan senarai oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pembacaan dimulakan tepat pukul 2 petang bertempat di Tingkat 9, Pejabat Residen Bahagian Sibu di Wisma Sanyan di sini.

Menurut Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk undi pos, Justani Joni pilihan raya kecil P212 Parlimen Bandar Sibu 16 Mei nanti akan mempunyai 2,808 pengundi pos, 271 daripadanya adalah petugas SPR.

Justani berkata anggota polis akan membuang undi mereka di Ibu Pejabat Daerah Sibu sementara anggota tentera di dua lokasi iaitu Kem Rascom dan Kem Batu 10 sepanjang hari esok mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Parlimen SBandar Sibu mempunyai 54695 pemilih berdaftar yang mana pengundi kaum Cina merangkumi hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus).

Pakatan Rakyat diwakili oleh Wong Ho Leng, Pengerusi DAP Sarawak manakala Barisan Nasional mempertaruhkan Bendahari SUPP cawangan Sibu, Robert Lau Hui Yew manakala Narawi Haron bertanding di atas tiket Bebas.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009