AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 26, 2010

Pemuda Pakatan Serah Memorandum Bantahan Lesen Judi Bola Sepak Kepada Mufti Johor


JOHOR BAHRU 26 Mei - Pemuda Pakatan Rakyat (Pakatan) Johor serah memorandum bantahan berhubung kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin di pejabatnya di Kompleks Islam Johor, Johor Bahru.

Memorandum tesebut diserahkan oleh rombongan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, semalam.

Ketua Penerangan KEADILAN Johor Zabidie Abbas berkata adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menentang tindakan meluluskan lesen judi sukan itu yang bakal merosakkan institusi keluarga dan moral manusia.

"Kita meminta kerajaan negeri untuk mengeluarkan notis pekeliling mengenai kesalahan berjudi kepada semua institusi kerajaan termasuk sekolah agama dan pejabat kadi daerah.

"Kerajaan negeri boleh mengeluarkan teks khutbah Jumaat dan kuliah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akibat buruk dari amalan berjudi, katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat pula membayangkan akibat buruk dari amalan berjudi akan merosakkan institusi sukan itu sendiri.

"Boleh jadi akan wujud pengaturan perlawanan yang melibatkan 'bookie', contohnya seperti sukan bola sepak.

"Pertandingan yang sepatutnya menjadi medan untuk menguji potensi sebenar pasukan akan menjadi rosak kerana faktor rasuah," katanya.

Mereka menggesa mufti di seluruh negara menasihatkan kerajaan menarik balik lesen perjudian itu dan membatalkan semua permohonan lesen judi baru.

Pada masa yang sama, mereka juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan satu persidangan khas bagi mengeluarkan fatwa berkenaan lesen judi sukan itu.

Turut hadir sama semasa menyerahkan bantahan tersebut, Ketua Dewan Ulama PAS Johor, Abdullah Hussein.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009