LEMBAH PANTAI 26 April - Tindakan Mahkamah Universti Kebangsaan Malaysia yang akan mendakwa empat orang mahasiswa jurusan sains politk berhubung dakwaan mereka terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu selangor tidak demokratik.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata empat orang mahasiswa universiti itu akan didakwa dengan pertuduhan tersebut oleh mahkamah universiti UKM kerana dikatakan menyalahi Undang-Undang Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku 1971).
"Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan Mahkamah Universiti UKM untuk mendakwa mahasiswa terbabit.
"Selaku rakyat Malaysia, mereka berhak mengikuti dan melibatkan diri dalam perkembangan politik dan isu semasa negara ini," tegasnya.
Nurul Izzah juga melahirkan kekesalannya kerana menurutnya, mereka yang didakwa merupakan penuntut jurusan sains politik di universiti tersebut.
"Selaku individu yang layak mengundi, penglibatan mereka adalah sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Ianya selaras dengan semangat demokrasi yang mengalakkan rakyat dalam proses membuat keputusan dalam pilihan raya tanpa membeza-bezakan rakyat berdasarkan faktor umur," tambahnya lagi.
Justeru itu, beliau menyeru pihak universiti menggugurkan tuduhan tersebut dan menghormati hak mahasiswa untuk berpolitik dalam proses demokrasi negara.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment