AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 1, 2010

PAS Desak Polis Siasat Ahli Pemuda Umno Ugut Bunuh Nik Aziz


KUALA LUMPUR 1 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak polis membuat siasatan terhadap pemilik akaun laman sosial facebook, Mohd Safuan Hilmi yang bersifat ugutan bunuh dan mengancam keselamatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Chow Kit hari ini berhubung ugutan tersebut mencabar pendirian Pergerakan Pemuda Umno.

"Dewan Pemuda PAS Pusat mengesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh yang telah ditulis oleh Mohd Safuan Hilmi di sebuah laman web sosial facebook. Sama ada beliau mempunyai niat untuk melakukan jenayah atau tidak siasatan perlu diteruskan kerana ini telah mengancam keselamatan Menteri Besar Kelantan.

"Saya juga meminta supaya Pergerakan Pemuda Umno menyatakan pendirian mereka tentang dakwaan penulis terbabit Hilmi yang memberitahu beliau adalah anggota Pemuda Umno," jelasnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa facebook Safuan Hilmi telah ditutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Saya minta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa. Perkara ini jelas bertentangan dengan adat ketimuran masyarakat Malaysia.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugutan dan juga kekerasan antara sesama kita," sambungnya lagi.

Turut hadir dalam membuat laporan polis itu termasuk, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamarulzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin telah di panggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang tadi.

Mohd Safuan, 24 bekas pelajar UiTM yang mengaku sebagai ahli Pemuda Umno telah membuat ugutan itu dalam laman sosial dengan berkata "aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz".

Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Mohd Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009