AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 4, 2010

Mafrel Tetap Pantau Proses Pilihanraya Kecil Di Sibu


SIBU 4 Mei - Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) tetap akan menghantar petugas untuk memerhati perjalanan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu kata Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang dipetik sebagai berkata Mafrel tidak diperlukan sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu dengan alasan kononnya SPR sudah melantik enam pasukan penguatkuasaan untuk tujuan itu.

Syed Ibrahim berkata dasar sama ada badan pemantau diperlukan atau tidak bukan menjadi persoalannya kerana Mafrel adalah badan yang bebas.

"Banyak lagi keraguan yang timbul seperti daftar pemilih, kempen, ceramah dan semua ini akan di pantau bagi memastikan proses pilihanraya berjalan secara telus dan adil,

"SPR sepatutnya memberi dan meraikan ruang demokrasi yang diisi Mafrel dan kita tidak perlu kebenaran daripada SPR kerana Mafrel adalah satu badan yang bebas,

"Walaupun tidak mempunyai sumber dana yang terhad, Mafrel akan tetap menghantar petugas untuk memantau keadaan daripada hari penamaan sehinggalah hari membuang undi," tegas Syed Ibrahim kepada Suara Keadilan.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Sibu akan diadakan pada 8 Mei manakala hari pengundian pula pada 16 Mei .

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009