AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 4, 2010

Dewan Negara Tolak Usul Bahas Isu Aminulrasyid


KUALA LUMPUR 4 Mei - Speaker Dewan Negara hari ini menolak usul Senator Dr S Ramakrishnan untuk membahaskan insiden remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis pada 26 April lalu.

Tan Sri Abu Zahar Ujang menolak usul tersebut kerana isu tersebut masih dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan.

"Setelah meneliti inti pati dengan terperinci usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu, saya berpendapat usul yang dibawa oleh Yang Berhormat itu adalah satu perkara tertentu.

"Usul yang dibawa itu ada tiga inti pati iaitu satu perkara tertentu, boleh diterima, berkepentingan ramai, boleh diterima namun saya berpendapat ia tidak perlu disegerakan untuk menangguhkan dewan," katanya.

Dr Ramakrishnan menyuarakan kekesalan terhadap keputusan Speaker kerana beliau berpendapat isu ini melibatkan kepentingan orang awam dan persepsi rakyat terhadap institusi polis secara keseluruhannya.

"Dewan perlu membincangkan isu ini kerana kini persepsi rakyat trerhadap pihak polis semakin buruk, ini perlu diselesaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis. Saya merasakan Dewan telah melepaskan satu peluang yang baik untuk membersihkan nama polis dan kerajaan," kata Dr Ramakrishnan kepada Suara Keadilan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata usul ini adalah penting kerana selain polis ia juga melibatkan agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Dalam Negeri.

Beliau juga mengemukakan usul supaya satu suruhanjaya untuk menyiasat kebersediaan institusi kepolisan secara keseluruhannya dalam menangani isu zaman sekarang.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009