AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 19, 2010

Lewat Lantik Pesuruhjaya Suhakam Baru Tanda Umno-BN Tak Peduli Isu Hak Asasi


SHAH ALAM 19 Mei - Badan memperjuangkan hak asasi, Suaram menyatakan kebimbangan atas kelewatan Perdana Menteri melantik ahli jawatankuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia MAlaysia baru menggantikan barisan pesuruhjaya yang tamat tempoh lantikan mereka pada 23 April 2010 lalu.

Selama tiga minggu dengan ketiadaan pesuruhjaya Suhakam yang baru, Suhakam berkata pihaknya telah menerima kira-kira 136 aduan pencabulan hak asasi manusia yang tidak mendapat khidmat badan itu kerana ketiadaan ahli jawatankuasa baru yang membantu siasatan dan tindakan susulan.

Suaram berkata kelewatan Perdana Menteri melantik ahli jawatankuasa Suhakam jelas menunjukkan isu hak asasi manusia bukanlah satu keutamaan kepada Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Umno-BN.

"Ini amat bercanggah dengan janji kerajaan Umno-BN yang mengatakan akan meningkatkan sokongan kepada peranan dan fungsi Suhakam semasa Malaysia dipantau untuk keahlian dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Perbezaan kenyataan kerajaan Umno-BN di PBB dan perlakuannya di dalam negara amat ketara, dan kini Malaysia sudahpun dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB tetapi kerusi jawatankuasa Suhakam masih kosong lagi," kata badan iti dalam kenyataannya Isnin lalu.

Suaram meminta kerajaan supaya telus dan bersikap lebih terbuka dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa kerana pada masa ini proses pemilihan masih dirahsiakan dan pemilihan ahli dalam Jawatankuasa Pemilihan Ahli juga dirahsiakan sehingga hari ini.

Tindakan ini juga bercanggah dengan janji Malaysia semasa bertanding untuk keahlian Suruhanjaya Hak Asasi MAnusia PBB, di mana Malaysia berjanji akan sentiasa menggalakkan kerjasama yang bermakna dan produktif di antara jentera kerajaan dan pertubuhan sosial.

"Suaram ingin mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa Suhakam akan dinilai sekali lagi oleh Institut Kebangsaan untuk Perlindungan dan Promosi Hak Asasi Manusia (ICC) pada November tahun ini, kerana cadangan-cadangan ICC masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Keadaan ini tidak berpihak kepada Suhakam dan ini meningkatkan kemungkinan Suhakam di turunkan taraf selepas penilaian ini.

"Suaram menentang sepenuhnya proses pemilihan ahli yang tidak telus dan dipenuhi kecacatan, dan meminta diadakan satu proses pemilihan ahli yang lebih telus, terbuka, melibatkan kesemua pihak yang terlibat dan mampu menerima cadangan daripada pertubuhan sosial," kata badan itu lagi.

Sehubungan itu Suaram mendesak Perdana Menteri untuk mengumumkan perlantikan ahli jawatankuasa dengan kadar segera kerana khuatir kelewatan hanya akan menjejaskan tugasan dan fungsi Suhakam.

Suhakam perlu dipastikan berfungsi dalam kuasa yang ada sepenuhnya agar dapat menyiasat dan menyelesaikan pelbagai masalah hak asasi manusia yang semakin serius di negara in tambah Suaram.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009