AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 19, 2010

BN Dedah Kepada Rakyat Sifat Balas Dendam


SHAH ALAM 19 Mei - Barisan Nasional Sarawak menyalahguna kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri untuk membalas dendam atas kekalahan mereka pada pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu dengan menyeret seorang lagi Ahli Dewan Undang Negeri daripada DAP dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Malah ADUN Maradong, Ting Tze Fui kemungkinan mengalami nasib yang samadengan dua rakan beliau masing-masing daripada DAP dan KEADILAN digantung selama setahun.

Semalam DUN Sarawak telah merujuk ADUN Kota Sentosa daripada DAP, Chong Chieng Jen dan Dominique Ng Kim Ho, ADUN Padungan daripada KEADILAN ke jawatankuasa tersebut dan digantung selama setahun.

Chong yang dihubungi Suara Keadilan menjelaskan tindakan yang diambil oleh BN adalah sebagai balas dendam kerana kekalahan mereka pada pilihan raya di Sibu.

"Mereka mengambil tindakan tersebut untuk membalas dendam kerana telah kalah pada pilihan raya di Sibu, bagi saya tindakan mereka itu tidak mencerminkan semangat demokrasi dan bersifat kebudak-budakkan.

"Rakyat Sarawak sekarang melihat apa yang telah mereka lakukan dan sekarang mereka menilai tingkah laku Barisan Nasional yang memiliki sifat balas dendam.

"Kita akan terus berjumpa dengan rakyat sepanjang pengantungan ini untuk memberi penerangan kepada mereka, impak yang besar akan berlaku pada pilihan raya negeri nanti," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Beliau juga memberitahu Ting juga akan dihadapkan ke jawatankuasa tersebut seperti mana yang telah dikenakan kepada beliau dan Dominique.

"Ting akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat ini dan beliau juga akan digantung selama setahun seperti apa yang kami alami sekarang.

"Kita melihat memang jelas mereka ini balas dendam kerana segala tuduhan yang mereka katakan itu telah berlaku pada tahun lepas kenapa sekarang baru di rujuk.

"Kami dari Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah dengan tindakan tersebut, kebebasan yang diberikan ini membolehkan kita terus mendekati rakyat bagi menghadapi pilihan raya negeri nanti. Kita akan terus berjuang untuk membawa perubahan kepada Sarawak," kata Chieng Jen lagi.

DAP mempunyai enam wakil dan KEADILAN seorang dalam DUN Sarawak yang mempunyai 71 kerusi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009