KUALA LUMPUR 24 Mei - Gerakan Mahasiswa Sedar mendesak Universiti Kebangsaan Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang didakwa berkempen untuk Pakatan Rakyat (Pakatan) semasa berlangsung pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan bulan lepas.
Gesaan itu dibuat selepas mendapati tindakan yang akan dikenakan ke atas Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham (Presiden), Ismail Aminuddin (Naib Presiden),Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Woon King Chai (Exco) yang telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010 di pekan Rasa dan Ampang Pecah tidak berasas.
"Tindakan tersebut bertentangan dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menafikan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
"Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ternyata membantutkan minda mahasiswa, UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan terbaik di Malaysia sepatutnya mengkaji akta ini.
Tambah mereka, Pihak UKM seharusnya lebih profesional dalam menangani isu ini, bukan hanya menerima arahan daripada pihak yang tertentu yang menuduh mahasiswa tersebut kononnya terlibat dengan kempen Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataan media itu, mereka turut mempersoalkan sama ada tindakan yang sama akan dikenakan jika mereka berkempen untuk Umno-Barisan Nasional.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment