AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, May 24, 2010

AMK Selangor Desak Kerajaan Hapus Bukan Kaji Lesen Judi Bola


SHAH ALAM 24 Mei - Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menghapuskan dan bukan mengkaji kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata gesaan itu dibuat selepas rakyat daripada pelbagai agama dan bangsa membantah keras lesen tersebut selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan media yang dipetik semalam berkata kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group.

"Kerajaan seharusnya tidak perlu menunggu bantahan meluas rakyat pelbagai agama dan bangsa kerana menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat hidup dalam suasana yang berteraskan syariah dan menepati budaya murni universal pelbagai agama dan bangsa.

"Kita bimbang dan khuatir jika judi pertaruhan bola sepak tidak hapuskan, masyarakat akan terdedah kepada kes-kes jenayah,budaya jijik dan konflik keluarga.

"Kita juga melihat sejak akhir-akhir ini, kerajaan seolah-olah tidak prihatin dengan situasi perkembangan terkini negara," ujar Ezli dalam kenyataan media itu.

Beliau turut memberi amaran jika kerajaan masih lagi berdolak-dalik tidak mustahil negara akan menuju ke arah sebuah masyarakat yang lebih porak-peranda.

Justeru itu katanya, seluruh rakyat Malaysia perlu bangkit membantah dan meletakkan negara pada landasan yang sebenarnya dan bersama-sama berjuang memastikan harapan baru untuk menyelamatkan Malaysia menjadi realiti.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009