AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 7, 2010

Umno-BN Abai Kesihatan Rakyat Hulu Bernam


HULU BERNAM 7 April - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyuarakan kekesalannya terhadap tahap kesihatan dan mutu penjagaan kesihatan para penduduk di luar bandar terutama penduduk di SKC Hulu Bernam di daerah Hulu Selangor semasa Program Turun Padang Menteri Besar Selangor di daerah itu baru-baru ini.

Dr Xavier menegaskan kerajaan negeri akan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di luar bandar dan akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk menyediakan klinik bergerak di kawasan tersebut.

"Peruntukan sebanyak RM10,000 dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi penyediaan ubat-ubatan untuk khidmat pemeriksaan kesihatan tersebut," katanya.

Semasa program tersebut, sebuah khemah kesihatan disediakan oleh Badan Bertindak Bencana Alam Selangor (Ehsan) dengan kerjasama NGO kemanusiaan Insaf Humanitarian Relief yang telah menyediakan lima orang doktor dan jururawat sukarelawan bagi memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.

SKC Hulu Bernam agak terpencil dan kedudukannya agak jauh dari bandar yang terpaksa melalui Slim River di Perak sedangkan kawasan ini letaknya di dalam Selangor.

Jalan-jalannya juga gelap dan membahayakan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut terutamanya pada waktu malam.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009