AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, April 17, 2010

Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Perancis Ambil Tindakan


Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sebuah syarikat yang dikaitkan kepada sekutu Najib di bayar komisyen lebih RM 500 juta ringgit telah lama membelenggui Perdana Menteri.

Malah pembayaran komisyen itu turut dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Menurut Malaysiakini, dua hakim Perancis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.

Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tetentra laut di raja Malaysia.

Dakwaan itu membabitkan pembayaran komisyen RM534.8 juta kepada Perimekar yang mempunyai kaitan dengan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda. Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian penjualan kapal selam itu dibuat.

Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.

Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.

Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.

Najib nafi mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama Tony Pua berharap pihak berkuasa Perancis akan dapat membongkar penyelewengan yang berlaku di sebalik penjualan kapal selam kepada Malaysia.

“Saya berharap pihak perancis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan segala apa-apa penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah ataupun lain-lain perkara tindakan akan diambil sepatutnya,” kata beliau.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009