AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, April 17, 2010

Empat Penjuru Di Hulu Selangor : BN Berpecah Dua


Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor menghadapi cabaran Barisan Nasional dan dua calon bebas.

Calon PR dan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim dicabar Ketua Penerangan MIC Pusat P Kamalanathan, dan calon bebas V.S Chandran dan Johan Md Diah pada hari pengundian 25 April depan.

Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Nor Hisham Md Diah mengesahkan pencalonan mereka dterima tanpa sebarang bantahan.

Seorang lagi anak tempatan, J Anuradha, mendakwa pencalonannya telah dihalang oleh polis dan SPR dan kini melontarkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Anuradha mendakwa bapanya adalah pengasas MIC Kuala Kubu Bharu.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor adalah pilihanraya kecil tempatan yang pertama di Selangor, dan yang kesepuluh selepas PRU12 dua tahun lalu.

Barisan Nasional meletakkan pertaruhan yang tinggi untuk memenangi kerusi ini selepas kematian Ahli Parlimen Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor yang menang dengan majoriti kecil 198 undi menewaskan Ahli Parlimen empat penggal, Datuk G Palanivel.

Pihak SPR menerima pencalonan dari Chandran awal pagi lagi, yang tampil ke Pusat Penamaan Calon bersama-sama 300 penyokong akar umbi MIC Hulu Selangor, lantas mengesahkan spekulasi MIC telah berpecah kepada calon pilihan Umno dan calon pilihan akar umbi.

Dalam pada masa yang sama, keahlian Johan Md Diah dalam Umno terlucut secara automatik selepas mengambil keputusan menentang calon BN, P Kamalanathan.

P Kamalanathan, diiringi 'heavyweight' Umno seperti Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, dikatakan tidak menepati kehendak akar umbi Umno yang mahukan calon Melayu.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009