AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 22, 2010

Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.

Anwar berkata tidak pernah dalam sejarah tanahair, Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati negara Islam mahupun menaungi unsur-unsur penjajah tanah Palestin, namun ianya berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Kamu boleh hukum saya, tetapi kamu tidak boleh lari dari fakta. Jawatankuasa Kira-Kira Awam sendiri pernah membangkitkan kembimbangan terhadap APCO," tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO. Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini mengesahkan perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

"Jika benar APCO tidak mempunyai pengaruh, bagaimana mungkin dasar luar negara kita bertukar mendadak?" kata Anwar dan menambah, "saya tidak pernah menafikan hubungan saya dengan Amerika Syarikat, tetapi saya bertegas dalam isu Afghanistan."

"Dasar kita terhadap Iran menunjukkan betapa lemahnya kita. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah berganjak dalam soal Afghanistan dan Palestin," katanya.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009