Arkib Blog

Tuesday, March 9, 2010

Umno Tindas Melayu, Salahkan Cina


Sering kali media arus perdana melabelkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan yang menjadi alat kepada bangsa lain di negara ini.

Namun persoalan yang timbul, adakah kerajaan UMNO-BN yang dikatakan telus dalam membela nasib masyarakat Melayu, membela keseluruhan rakyat Melayu di negara ini?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdana 2 tahun Pakatan Rakyat di Stadium Malawati Shah Alam semalam, mengajak rakyat berfikir seketika tentang perkara itu.

"Pemimpin Umno berkempen tuduh kita alat Cina. Tetapi kita tahu mereka alat siapa, dan mereka hanya perkayakan sanak-saudara dia. Siapa Melayu yang paling kaya di Malaysia?" kata Anwar.

Dasar Ekonomi Baru yang direncanakan oleh kerajaan UMNO-BN nyata hanya memberi tumpuan kepada golongan tertentu sehingga memberikan keuntungan berlipat ganda dan menindas kepada sanak-saudara serta kroni dan terus menindas masyarakat Melayu miskin.

Kata Anwar, bukti itu cukup jelas apabila antara lima nama baru yang tersenarai dalam 40 individu bergelar hartawan di negara ini ialah adik kepada Perdana Menteri, Nazir Razak.

"Adik kepada Perdana Menteri menjadi kaya kerana Dasar Ekonomi Baru. Inilah yang mereka pedulikan, pemimpin-pemimpin Melayu yang hanya memperkaya sanak-saudara, tindas orang Melayu kebanyakan, dan memperbodoh orang-orang Melayu lain," tegas beliau.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009