AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 8, 2010

Saya dicekik, dibelasah dan dipijak FRU - mangsa

KUALA LUMPUR : Saya dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan saya sukar bernafas.

Itu luahan Najib Mahfuz, 25 (gambar) salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Najib berkata, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atasa pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.

Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana," katanya kepada erapakatan.com semalam.

Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.

Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Azmin Ali yang juga pengucap ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.

Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.

Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009