AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 23, 2010

Umno peralat mahasiswa ke isu kemelut Perak


KUALA LUMPUR : Umno didakwa menggunakan program Himpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 anjuran Kesatuan Anak-anak Muda Islam Perak (KAMI) cuba mengheret mahasiswa ke kancah politik kepartian.

"Pengisian program yang jelas melibatkan tokoh-tokoh Umno yang diadakan di Taiping Golf Resort, Bukit Jana tersebut sebagai salah satu pentas politik yang telah mengheret Mahasiswa di dalam isu kemelut Perak yang masih belum selesai.

"Malah KAMI yang bergerak sebagai Badan Bukan Kerajaan sebenarnya adalah agen bagi pihak Umno di dalam mengheret Mahasiswa selama ini," Kata Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk) Salman Haji Saleh dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Bagi DPPN Pk mahasiswa tidak seharusnya terjebak di dalam kemelut Perak ini dan sudah ada usaha merosakkan pemikiran mereka serta meletakkan mereka berpihak kepada kepertian.

"DPPN Pk berharap semua mahasiswa tidak akan terjebak dengan usaha yang dilakukan oleh KAMI dan Umno ini," tegas Salman.

DPPN Pk merasakan kekesalan terhadap usaha terdesak Umno bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

"DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Mahasiswa tidak akan terperangkap dengan usaha jahat Umno terutama di dalam kemelut Perak ini," tegas Salman lagi.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009