AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 23, 2010

“Saya dedahkan 15 isu penyelewengan Felda walau ditahan ISA” - Mazlan Aliman


KUALA LUMPUR: Dia kemungkinan berdepan dengan penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Isa) berikutan pendedahan ke atas 15 isu penyelewengan Felda, tetapi pendiriannya dalam hal ini tetap tidak berganjak.

Ketika mengulas hal penahanannya sebelum ini, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, berkata penyelewengan itu beliau terima hasil aduan anak-anak Felda yang tertindas sebelum ini.

"Saya menerima banyak maklumat yang diberikan ramai pihak berhubung bagaimana penyelewengan berlaku. Saya ada 15 isu yang akan saya dedahkan satu persatu.

"Saya akan dedahkan walaupun saya mendapat maklumat bahawa saya dicadangkan untuk ditahan dibawah ISA," katanya dalam suatu acara anjuran Pas kawasan di Mengkarak, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, penahanannya yang terbaru ini bertujuan menakutkan beliau dan masyarakat peneroka untuk menghadiri acara yang dianjurkan sekali gus berusaha menutup kepincangan pengurusan Felda dan kerajaan (BN).

Mengulas hal itu, Mazlan menambah, terdapat banyak perkhabaran sebelum ini yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif ke atasnya.

"Penahanan saya adalah untuk menakutkan masyarakat Felda untuk menjemput saya berceramah. Mereka berusaha menutup kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan Felda termasuk penindasan terhadap masyarakat peneroka.

Bagaimanapun, katanya, selepas peristiwa yang berlaku di Felda Lembah Klau baru-baru ini, beliau menerima banyak sokongan masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda yang mahu penjelasan diberikan agar kehidupan mereka terbela.

"Selepas saya ditangkap, ramai peneroka khasnya generasi keduanya tak puas hati dan marahkan Felda. Malah, selepas itu makin ramai anak Felda yang mahu menyertai persatuannya kerana tahu inilah saja pentas yang boleh diharapkan bagi membela masa depan mereka," katanya.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009